KANG PEI LIN D20102045634 EL-PO5

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 5

Tiga buah badan utama membentuk Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia iaitu:

Badan Perundangan(legislative). Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh memiliki kuasa;
Badan Pemerintah(Executive). Badan ini hanya melaksanakan kuasa eksekutif. Ia tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman;
Badan kehakiman (Judicial). Badan ini hanya melaksanakan tugas penghakiman. Ia tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.
Tiga buah badan ini mempunyai kuasa, peranan dan bidang tugas yang tersendiri. Namun begitu, walaupun berasingan, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah saling berkait antara satu sama lain kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan yang ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Hanya Badan Kehakiman sahaja yang berasingan dan bagi menjamin fungsi keadilan di negara ini, Badan Kehakiman bebas dari pengaruh politik.


a) Badan Perundangan atau Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen utama iaitu;
i) Yang Dipertuan Agong
ii) Dewan Negara
iii) Dewan Rakyat

i)Yang Dipertuan Agong(YDA)

YDA adalah komponen utama dalam parlimen Malaysia. Baginda tidak menghadiri persidangan parlimen. YDA hanya bertitah di pembukaan rasmi penggal Parlimen. Baginda memiliki kuasa memanggil, membatal dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri.

ii) Dewan Negara

Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia juga merupakan Majlis Tertinggi atau Senat. Fungsi utama Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Di samping itu, Senat juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara hendaklah dianggotai oleh 70 orang ahli. keanggotaan ini hendaklah terdiri daripada 26 orang ahli Dewan Undangan negeri iaitu dua orang wakil dari setiap negeri, dua wakil WP Kuala Lumpur, satu WP Labuan dan satu wakil WP Putrajaya. Mereka dilantik oleh YDA. Seramai 40 orang ahli yang lain akan dilantik oleh YDA. Mereka merupakan orang yang telah membuat jasa yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai tahap kepujian dalam lapangan profesional, perundangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat. Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan.
Sekiranya seseorang tidak hadir dalam setiap mesyuarat selama 6 bulan, Dewan boleh mengisytiharkan tempat ahli tersebut adalah kosong. Setiap ahli dewan akan mengangkat sumpah sebelum mengambil tempat. Yang Dipertua dan Timbalan dilantik dari kalangan ahli dewan itu sendiri. Mengikut Perlembagaan 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan rakyat sebelum dikemukakan kepada YDA. Namun begitu Dewan Negara mempunyai kuasa menangguhkan rang undang-undang itu.

iii) Dewan Rakyat

Kesemua ahli Dewan rakyat dipilih melalui sistem pilihanraya. Ahli Dewan tidak boleh mewakili dua kawasan Pilihanraya atau menjadi ahli dewan negara dan dewan rakyat sekaligus. Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hendaklah dianggotai oleh 209 ahli daripada 13 buah negeri dalam persekutuan, 11 ahli daripada WP Kuala Lumpur, seorang daripada WP Labuan dan seorang daripada WP Putrajaya. Setiap warganegara Malaysia berumur 21 tahun layak menjadi ahli Dewan Rakyat, melainkan orang tersebut hilang kelayakkan menurut perkara 48 perlembagaan Persekutuan. Tempoh jawatan ahli Dewan rakyat akan berakhir jika parlimen dibubar.Ahli Dewan rakyat boleh berhenti dengan mengutus surat yang ditandatangani oleh ahli itu sendiri. Jika ahli tidak datang selama tempoh 6 bulan dalam persidangan, majlis boleh mengisytiharkan kerusinya kosong. Yang Dipertua dewan boleh dipilih dari kalangan ahli dewan atau seseorang yang lain yang layak dipilih.Beliau akan menjadi ahli dewan tambahan tetapi tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, TPM atau menteri.Beliau juga tidak boleh mengundi dalam perbahasan di dalam dewan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

About this blog


Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Cuteki gadgets

Search This Blog

My playlist